Buaya besar terlepas akibat banjir ditangkap semula

Buaya besar terlepas akibat banjir ditangkap semula

BANGKOK, 10 Jan – Seekor buaya sepanjang lima meter yang terlepas dari kurungannya akibat banjir, ditangkap semula di Chumphon, selatan Thailand hari ini.

Menurut seorang pegawai di Wisainua, reptilia seberat 300kg dipercayai milik sebuah ladang swasta atau individu, melepaskan diri apabila tempat kurungannya dinaiki air.

“Seorang penduduk kampung menemukan buaya itu pada kira kira 12 tengah hari ini dan menghubungi kami. Dengan bantuan orang ramai, kami berjaya menangkap semula reptilia itu,” kata pegawai penyelamat di Wisainua, Paisarn Kaewprasert.

Wisainua terletak di daerah Mueng, Chumphon, yang dilanda banjir bersama beberapa daerah lain. Banyak kampung di selatan Thailand terjejas teruk akibat bencana alam itu, yang disifatkan banyak pihak sebagai yang paling buruk dalam tempoh 50 tahun.

TEWAS…Pasukan penyelamat berjaya menangkap semula seekor buaya sepanjang lima meter dengan berat 300 kilogram dipercayai terlepas dari kandang milik persendirian akibat bencana banjir yang melanda di Wisainua, Chumphon di selatan Thailand, hari ini. – Bernama
TEWAS…Pasukan penyelamat berjaya menangkap semula seekor buaya sepanjang lima meter dengan berat 300 kilogram dipercayai terlepas dari kandang milik persendirian akibat bencana banjir yang melanda di Wisainua, Chumphon di selatan Thailand, hari ini. – Bernama

Lebih sejuta penduduk terjejas akibat bencana alam itu dan setakat ini banjir yang melanda wilayah berkenaan meragut 25 nyawa dan menyebabkan dua mangsa masih hilang.

Paisarn berkata buaya itu kini ditempatkan di sebuah ladangternakan ikan sementara menunggu dituntut pemiliknya.

Kejadian itu berlaku selepas pihak berkuasa tempatan diNakhon Si Thammarat, di selatan Thailand memberi amaran beberapa hari lepas tentang buaya yang terlepas daripada Thung Talad Zoo di wilayah itu.

Orang ramai yang tinggal di sekitar zoo berkenaan dinasihati berwaspada dengan kemungkinan terdapat buaya yang bergerak bebas di tempat mereka. – Bernama