Buaya dalam longkang kejutkan penduduk

Buaya dalam longkang kejutkan penduduk

Oleh Fizah HAB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Penduduk Kampung Kapok Kanan, pagi kelmarin, telah dikejutkan dengan kemunculan seekor buaya air tawar yang panjang dalam longkang di tepi jalan dekat masjid kampung berkenaan.

Buaya berkenaan ditemui oleh sekumpulan warga Vietnam yang berkata, pada mulanya mereka fikir ia hanyalah seekor biawak yang biasa ditemui di kampung berkenaan pada awal pagi, tetapi terkejut apabila salah seorang daripada mereka yang mengamatinya lebih dekat melihat ekor buaya itu menganjur keluar dari longkang.

Kumpulan itu memutuskan untuk menangkap buaya itu dengan mengumpannya bergerak ke arah pembetungan besar sebelum memukul kepalanya beberapa kali.

Dengan bantuan beberapa orang penduduk kampung di tempat kejadian, buaya itu dikeluarkan dari pembetungan.

Buaya air tawar yang ditemui di dalam longkang di Kampung Kapok Kanan.
Buaya air tawar yang ditemui di dalam longkang di Kampung Kapok Kanan.

Penduduk kampung berkata, ini merupakan kali pertama mereka menemui buaya di sana.

“Ini adalah kali pertama perkara seperti ini berlaku di kampung kami,” kata salah seorang penduduk kampung.

“Bagaimanapun saya tidak terkejut kerana sungai di belakang Masjid Kampung Kapok dihubungkan dengan Sungai Salar dan mengalir terus ke laut di Pantai Meragang,” tambahnya.

Seorang anggota Bomba dan Penyelamat yang dihantar ke tempat kejadian percaya buaya itu mungkin hilang arah kerana perubahan cuaca.

ARTIKEL YANG SAMA