Buaya ditemui di padang golf

Buaya ditemui di padang golf

Oleh Hakim Hayat

Gambar oleh Sheikh Jamaluddin Mohamed

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Seekor buaya berjaya ditangkap oleh kakitangan Empire Hotel & Country Club selepas ditemui merayau di tasik di padang golf hotel tersebut.

Ia kemudiannya dibebaskan oleh pihak berkuasa hidupan liar Brunei hari ini. Menurut pegawai hotel, buaya kecil itu ditangkap petang tadi menggunakan perangkap kandang mudah yang diletakkan oleh pasukan kakitangan padang golf itu pada malam sebelumnya.

Mereka kemudiannya memaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Bahagian Hidupan Liar Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama untuk memindahkan buaya itu bagi memastikan keselamatan pemain golf di padang itu.

p02-1_20150724

ARTIKEL YANG SAMA