Buaya lebih 2...

Buaya lebih 2 meter ditangkap

KUCHING, 19 Mac – Swift Wildlife Action Team (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya menangkap seekor buaya berukuran 2.27 meter dalam operasi penakaian dan pemindahan buaya di Sungai Undey, Pusa, kira-kira 300 kilometer dari sini.

SFC dalam kenyataan berkata buaya betina itu ditangkap pada Jumaat lalu selepas lapan hari operasi dilakukan ekoran serangan buaya yang telah mengorbankan Besimilah Rajali, 36, ketika dia sedang mengikat batang rumbia di sungai tersebut pada 9 Mac.

“Operasi penakaian dan pemindahan buaya dilaksanakan oleh unit SWAT dari ibu pejabat SFC dan Pejabat Wilayah Sibu. Tujuh cangkuk berserta umpan telah dipasang dalam lingkungan tiga kilometer di sepanjang Sungai Undey menuju ke muara sungai tersebut.

Buaya berkenaan ketika ditangkap di Sungai Undey, Sarawak. – Bernama
Buaya berkenaan ketika ditangkap di Sungai Undey, Sarawak. – Bernama

“Buaya betina yang ditakai berjaya ditangkap kira-kira 100 meter daripada lokasi serangan,” kata kenyataan itu.

SFC berkata unit SWAT akan meneruskan pemerhatian di kawasan tersebut dan buaya yang dikira boleh mendatangkan bahaya akan ditakai dan dipindahkan keluar daripada sungai. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA