Buaya tidur dengan 1 mata terbuka

Buaya tidur dengan 1 mata terbuka

SYDNEY, 23 Okt (AFP) – Buaya air masin boleh berehat dengan satu matanya terbuka untuk melihat ancaman, menurut ahli saintis Australia hari ini, dengan penyelidikan selanjutnya sepertinya akan menunjukkan separuh daripada otak mamalia itu boleh sedar walaupun ketika tidur.

Ahli saintis mendapati buaya berkenaan – seperti burung, saudara dekat haiwan itu – menggunakan ‘penutupan sebelah satu mata’ semasa situasi genting.

“Burung-burung suka tidur seperti manusia, dengan kedua-dua mata tertutup, namun apabila mereka rasa terancam, mata mereka yang satu akan terbuka dan mereka akan memastikan mata berkenaan tertumpu pada ancaman,” ketua pengarang Michael Kelly dari Universiti La Trobe memberitahu AFP.

“Dan buaya berkelakuan seperti cara ini juga. Jadi kebanyakan masa apabila mereka berehat, kedua-dua mata mereka akan tertutup, namun apabila kita hadir menunjukkan ancaman kepada haiwan itu, mereka akan membuka satu mata dan akan memfokuskan mata itu ke arah ancaman.”

Kajian itu, yang disiarkan dalam Jurnal Eksperimen Biologi, telah dijalankan menggunakan tiga ekor buaya air masin muda yang ditempatkan dalam tangki berlainan dan dipantau secara berasingan selama 12 bulan tahun lepas.

Kelly mengatakan penyelidikan selanjutnya adalah keperluan untuk memantau gelombang otak buaya untuk melihat jika makhluk itu juga tidur dengan separuh otak mereka tidak berfungsi – digelar ‘tidur unihemisferik’ (unihemispheric sleep).

ARTIKEL YANG SAMA