Bubuk juara temasya bawah 14 tahun

Bubuk juara temasya bawah 14 tahun

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Rembatan Lencong Muhammad Hadif Aiman Haji Adanan dari pasukan Bubuk 14 yang melemaskan penjaga Gol Pasukan bawah 14 tahun BSSSA, Bakhtiar Haji Lias, memunahkan harapan BSSSA untuk menjulang piala Yang Dipertua yang julung-julung kali diadakan hari ini.

Hadif dengan jersi nombor sembilan, menerima hantaran leret daripada pemain tengah pasukan Bubuk 14, Mohammad Salleh @ Abdul Salam yang berjaya mengelecek pertahanan di dalam petak D sebelum wisel penamat Kejohanan Bola Sepak 14 Tahun ke bawah sembilan orang sepasukan SAHABAT dibunyikan di Kompleks Sukan Berakas.

Seawal minit pertama permainan, Bubuk 14 menunjukkan aksi garang apabila memberi amaran awal kepada BSSSA melalui Muhammad Khairunnas Khalid yang menolak masuk bola dengan mudah menewaskan penjaga gol daripada pemain sayap pasukan itu untuk mendahului 1–0.

Namun pasukan BSSSA menyamakan keduduk pada minit kelima melalui Mohd Waziah Haji Sulaiman melalui sepakan penalti selepas Abdul Aziz @ Waie Shahrin dikasari Muhammad Hadif Aiman di dalam petak D Bubuk 14. Pada fasa separuh akhir, Bubuk 14 mengalahkan BWON FC 1–0, sementara BSSSA menewaskan PAAP FC 1–0.

BWON FC meraih tempat ketiga selepas berhempas pulas mengalahkan PAAP FC yang akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan melalui penentuan penalti.

Ketua Pasukan Bubuk 14 menerima Piala Yang Dipertua selepas mengungguli Kejohanan Bola Sepak 14 Tahun ke bawah sembilan orang sepasukan SAHABAT.
Ketua Pasukan Bubuk 14 menerima Piala Yang Dipertua selepas mengungguli Kejohanan Bola Sepak 14 Tahun ke bawah sembilan orang sepasukan SAHABAT.

pg20_150504_a

Gambar ramai pasukan Bubuk 14.
Gambar ramai pasukan Bubuk 14.

Kejohanan kali ini turut menampilkan corak permainan matang pemain muda bawah 14 tahun dan berjaya melahirkan penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol, iaitu Muhammad Hadif Aiman Haji Adanan dari Pasukan Bubuk 14.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Brunei Darussalam, Haji Ismail Haji Hapidz.

Kejohanan anjuran SAHABAT 1024 bersama Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam dan Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara hari ini dirasmikan oleh Yang dipertua Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Paduka Ar. Haji Idris Haji Abas.

Turut hadir semasa majlis perasmian ialah barisan pemain DPMM FC yang memimpin sesi pemanasan badan bagi mereka yang terlibat dalam kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini.

ARTIKEL YANG SAMA