Bubur Lambuk MKM untuk 43 keluarga

Bubur Lambuk MKM untuk 43 keluarga

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Projek Sejambak Kasih Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) diteruskan dengan aktiviti memasak Bubur Lambuk MKM yang dilaksanakan secara bergotong-royong, di rumah kediaman rasmi Yang Dipertua MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim di Kampung Sungai Akar.

Bubur-bubur lambuk berkenaan dibahagikan dan dihantar kepada 43 keluarga dengan keramaian 254 orang khusus untuk berbuka puasa.

Selain memasak dan menyediakan bubur lambuk, ahli-ahli MKM yang hadir turut membuat persiapan bagi penyerahan hamper kepada 55 keluarga yang kurang berkemampuan dalam sama-sama menceriakan dan membesarkan Ramadan yang mulia.

Kesemua penerima merupakan mereka yang ada dalam senarai di bawah khidmat nasihat guaman MKM.

Kalangan ahli MKM ketika menyediakan bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada 254 orang daripada 43 buah keluarga kurang berkemampuan
Kalangan ahli MKM ketika menyediakan bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada 254 orang daripada 43 buah keluarga kurang berkemampuan

Aktiviti Sejambak Kasih yang telah dilancarkan pada 14 Februari 2015 itu merupakan aktiviti sepanjang tahun MKM sebagai sebahagian daripada hasrat murni MKM bagi membantu meringankan beban para penerima seluruh negara.

MKM mengalu-alukan para dermawan yang ingin menghulurkan apa juga bentuk bantuan dan sumbangan supaya menghubungi MKM di talian 8770312 ataupun menghantar emel ke alamat mkm-brunei@yahoo.com.

ARTIKEL YANG SAMA