Budak 10 tahun maut

Budak 10 tahun maut

CHICAGO, 9 Ogos – Autoriti di negeri Kansas semalam sedang menyiasat kematian seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas berhadapan dengan kemalangan ketika bermain di gelongsor air tertinggi di dunia.

Caleb Schwab, anak seorang penggubal undang-undang negeri Kansas, maut pada Ahad di verruckt, gelongsor air yang menjulang tinggi di Taman Air Bandar Schlitterbahn Kansas.

Jurucakap Schlitterbahn, Winter Prosapio pada sidang akhbar berkata bahawa ia adalah kejadian pertama di taman itu.

“Ini bukan sesuatu yang pernah kita hadapi,” katanya, sambil menambah bahawa taman itu ditutup sementara menunggu siasatan.

Taman ini tidak memberikan butiran mengenai apa yang berlaku kepada kanak-kanak itu.

“Kami amat dan sangat sedih untuk keluarga Schwab dan semua yang menerima kesan daripada kemalangan itu,” kata satu kenyataan taman.

Mesej yang dipaparkan di akaun Twitter Ketua Polis bandar Kansas, Terry Zeigler berkata punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan “kecederaan leher” dan berkata, siasatan sedang dijalankan. – AFP