Budak 2 tahun, mangsa pertama di Laut Aegean

Budak 2 tahun, mangsa pertama di Laut Aegean

pg15_160104_e

ATHENS, 3 Jan (AFP) – Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menjadi pendatang pertama lemas pada tahun baharu selepas bot kecil padat dengan penumpang yang dalam pelayaran merempuh batu dekat Pulau Agathonisi, Greece, kata pengawal pantai.

Seramai 39 penumpang lain termasuk seorang wanita yang tercampak keluar berjaya diselamatkan selepas nelayan tempatan membunyikan isyarat kecemasan.

Sehubungan itu, seramai 10 pendatang yang terselamat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan disebabkan suhu badan rendah. Bot dibuat daripada getah itu belayar dari Turki pada awal pagi ketika cuaca berangin.

Stesen Bantuan Pendatang Pesisir Pantai (MOAS) yang membantu menyelamatkan pendatang dan pelarian di laut, menghantar bot penyelamat bagi membantu penumpang yang terperangkap ketika operasi bersama dengan pengawal pantai Hellenic.

Pengawal pantai berkata, mayat kanak-kanak dua tahun itu dibawa naik oleh nelayan.

Sementara itu, pendatang termasuk ibu mangsa dibawa ke Pelabuhan Pythagorio di Samos, pulau terdekat iaitu kira-kira 50 kilometer.

ARTIKEL YANG SAMA