Budak 4 tahun derita penyakit lelaki tua

Budak 4 tahun derita penyakit lelaki tua

DHAKA, 9 Ogos – Seorang budak lelaki Bangladesh berusia empat tahun yang menderita penyakit misteri yang menjadikannya kelihatan seperti seorang lelaki tua telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, kata doktor dan keluarganya.

Doktor di sebuah hospital terkenal telah bersetuju untuk mendiagnosis dan merawat Bayezid Shikdar, yang datang daripada sebuah keluarga petani miskin, dengan percuma setelah mendapat tahu tentang masalahnya pada hujung minggu. Dilahirkan dengan kulit berlebihan yang tergantung daripada tangan dan kaki dan muka menyebabkannya menggeleber. Bayezid juga menderita daripada masalah jantung, penglihatan dan pendengaran.

Bapanya, Lablu Shikdar, berkata beberapa doktor telah bingung untuk menjelaskan keadaannya.

“Kami menjual tanah kami untuk merawatnya di hospital tempatan. Kami membawanya kepada bomoh dan doktor herba, namun keadaannya tidak berubah. Hospital inilah merupakan harapan terakhir kami,” beritahu Shikdar kepada AFP di Hospital Kolej Perubatan Dhaka pada minggu ini.

“Kami berharap mereka akan menjadikannya kelihatan seperti kanak-kanak biasa lain.”

Gambar yang diambil pada 7 Ogos ini menunjukkan Bayezid Shikdar (kanan) berusia empat tahun duduk bersama ibunya, Tripti Khatun di sebuah katil di Hospital Kolej Perubatan Dhaka di Dhaka. – AFP
Gambar yang diambil pada 7 Ogos ini menunjukkan Bayezid Shikdar (kanan) berusia empat tahun duduk bersama ibunya, Tripti Khatun di sebuah katil di Hospital Kolej Perubatan Dhaka di Dhaka. – AFP

Doktor pada mulanya mengesyaki dia menderita daripada progeria yang menyebabkannya kelihatan tua dengan cepat sejurus selepas lahir, sekali gus membawa kepada komplikasi kesihatan yang teruk.

Gangguan genetik luar biasa itu menjadi subjek filem Hollywood “The Curious Case of Benjamin Button” dibintangi Brad Pitt. Namun doktor di hospital Dhaka memberikan peringatan, berkata ujian meluas diperlukan.

“Dalam progeria, proses penuaan meningkat cepat dengan masa,” beritahu Abul Kalam, ketua unit bakar dan plastik hospital, kepada AFP semalam. “Namun ibu bapa Bayezid berkata penuaan anak lelaki mereka telah terhenti baru-baru ini. Dia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

“Kami sedang menyiasat keadaannya. Di samping kulit lendir, dia mempunyai masalah dengan jantungnya, telinga, mata dan zakar.”

Doktor berkata keadaan genetiknya juga mungkin disebabkan pembiakbakaan dalam, dengan perkahwinan di kalangan saudara termasuk sepupu pertama biasa berlaku di kawasan luar bandar Bangladesh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA