Budak cedera pacuan empat roda dilanggar kereta api

Budak cedera pacuan empat roda dilanggar kereta api

KOTA KINABALU, 16 Dis (Bernama) – Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaikinya dilanggar kereta api penumpang di Kampung Mandahan, kira-kira 23 kilometer dari pekan Papar, dekat sini hari ini.

Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan satu tahun itu kini dirawat di hospital.

Bagaimanapun, identiti kanak-kanak berkenaan serta dua lagi individu di atas kenderaan pacuan empat roda itu belum dikenal pasti.

Sebuah kenderaan Toyota Hilux pacuan empat roda terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta api penumpang di Kampung Mandahan semalam. – Bernama
Sebuah kenderaan Toyota Hilux pacuan empat roda terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta api penumpang di Kampung Mandahan semalam. – Bernama

Ketua Balai Bomba Papar Penolong Penguasa Dunstan Peter berkata ketika kejadian kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Papar ke Beaufort namun belum ada penjelasan bagaimana kejadian itu berlaku.

Katanya pihaknya menghantar empat anggota ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 9.22 pagi.