Budak dikurung, guna baldi sebagai tandas

Budak dikurung, guna baldi sebagai tandas

SYDNEY, 24 Dis (AFP) – Polis Australia menyuarakan rasa terkejut hari ini selepas penemuan seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang dikurung di dalam sebuah bilik bawah tanah dengan hanya berbekalkan sebuah tilam dan baldi di satu kawasan penanaman dadah.

Budak lelaki itu bersama tiga kanak-kanak lain – semuanya berusia di antara satu dan sembilan tahun – ditemui ketika serbuan di kawasan pedalaman di Elands, kira-kira 300 kilometer di utara Sydney selepas polis bertindak kerana mengesyaki kawasan itu dijadikan tempat penanaman kanabis.

“Polis mendapati salah seorang kanak-kanak dikunci di dalam sebuah bilik untuk tempoh yang lama sepanjang beberapa minggu lepas,” kata polis.

Gambar tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh polis NSW pada 24 Disember 2015 menunjukkan tempat di mana budak lelaki yang dikunci di dalam sebuah bilik ditemui di sebuah rumah berhampiran Taree, Australia. – Agensi

Akhbar Newcastle Herald berkata budak lelaki itu ditemui di kawasan dua meter persegi di bahagian belakang sebuah bangsal dengan pintu dikunci dari bahagian luar dan dengan hanya berbekalkan sebuah tilam dan baldi untuk digunakan sebagai tandas.

Kanak-kanak itu melaporkan kepada polis dia dikurung sejak lebih tiga minggu tanpa mengira ribut petir atau suhu panas dan hanya dibenarkan keluar untuk membantu kerja-kerja rumah.

ARTIKEL YANG SAMA