Budak dirantai, kini dijaga JAPEM

Budak dirantai, kini dijaga JAPEM

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Budak lelaki yang disyaki menghidap Sindrom Down dan ditemui orang ramai berjalan di sekitar Jalan Berakas, kini sudah pun diletakkan di bawah jagaan JAPEM di Kompleks Rumah Kebajikan Jalan Subok untuk sementara waktu.

Kisah budak itu viral melalui media sosial dan WhatsApp serta media cetak apabila dia ditemui dalam keadaan kakinya berantai dan membawa beg.

Menurut kenyataan polis yang dikeluarkan di sini, budak itu dibawa ke Hospital RIPAS untuk pemeriksaan perubatan dan ibu bapa serta keluarganya juga dipanggil untuk membantu siasatan.

Pihak polis juga menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan lagi gambar budak tersebut untuk menjaga identiti dan kesejahteraannya serta tidak membuat sebarang spekulasi lagi kerana kes itu kini masih dalam siasatan pihak polis.

ARTIKEL YANG SAMA