Budak emas Singapura disambut meriah

Budak emas Singapura disambut meriah

SINGAPURA, 15 Ogos – Ia adalah sekeping gambar yang dirakamkan bersama Michael Phelps yang memberikan inspirasi kepada Joseph Schooling bagi memenangi pingat emas Olimpik. Jadi apabila dia dikelilingi oleh peminat dalam kepulangannya ke Singapura, dia memastikan untuk merakamkan gambar bagi segelintir.

Beratus orang memenuhi Lapangan Terbang Changi Singapura ketika Schooling, 21, kembali dari Rio de Janeiro dengan pingat emas Olimpik di lehernya hari ini. Dia menewaskan idolanya dalam acara kuak kupu-kupu 100 meter bagi pingat emas Olimpik pertama bagi negara yang mempunyai keramaian 5.54 juta penduduk itu.

“Sudah pasti kejayaan sepanjang hayat saya,” dia memberitahu orang ramai. “Terima kasih semua orang yang hadir. Ini (emas) bukan untuk saya. Ini adalah untuk semua orang. Terima kasih semuanya.”

Schooling, yang menuntut di Universiti Texas, akan meluangkan masa selama empat hari diraikan dalam acara di Singapura, termasuk perarakan terbuka.

Sim Siew Png tiba di lapangan terbang tujuh jam lebih awal dalam harapan menemui wiranya.

Michael Schooling merakamkan kenangan bersama para peminat ketika tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. – AFP
Michael Schooling merakamkan kenangan bersama para peminat ketika tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. – AFP

“Saya mahu melihat budak emas,” kata Sim, 17, ketika memegang sepasang pakaian renang berwarna merah yang diharapkannya untuk di tandatangani. “Menyaksikan siaran langsung membolehkan saya gembira dan teruja. Keluarga saya juga menjerit.”

Sim mengingatkan persembahan Sabtu lalu di Rio di mana Schooling mendahului dan memenangi rekod Olimpik 50.39 saat. Phelps, peserta Olimpik paling berjaya sepanjang masa, Chad le Chlos dari Afrika Selatan dan Laszlo Csech dari Hungary berkongsi bagi pingat perak.

Ayah Schooling, Colin, tidak membuat perjalanan ke Rio tetapi berkata dia mengimpikan lagu kebangsaan Singapura dinyanyikan di stadium Olimpik.

“Mereka berjaya melakukannya kali ini,” katanya. “Ia menggembirakan saya.

“Saya dapat merasakan Michael memberikannya beberapa pujian. Saya gembira anak lelaki saya juga menunjukkan rasa hormat. Begitu juga dengan saya,” katanya. “Sekarang saya perlu menumpukan bagi rekod dunia.”

Schooling meluangkan lebih dari sejam untuk berterima kasih kepada penyokongnya hari ini, menandatangani autograf dan bergambar bersama peminat ketika orang ramai menjerit dan meluangkan namanya.

Schooling hanya berusia 13 tahun pada 2008 apabila Phelps hadir untuk berlatih di kelabnya di Singapura menjelang Olimpik Beijing. – AP

ARTIKEL YANG SAMA