Budak lapan tahun yang disembunyikan di dalam bagasi. – AFP

Budak lapan tahun yang disembunyikan di dalam bagasi. – AFP

LONDON, 8 Mei (AFP) – Perdana Menteri David Cameron dalam laluan bagi kemenangan mengejut pilihan raya Britain hari ini yang boleh mendefinisikan masa depan negara itu di Eropah dan menandakan lebih banyak pengurangan jimat cermat.

Ketika keputusan dikeluarkan, ramalan bagi pertandingan rapat dengan pembangkang parti Buruh bertukar menjadi tidak tepat, dengan Cameron dalam laluan untuk menang majoriti dalam parlimen dan menyandang lima tahun lagi dalam Downing Street.

“Ini jelas malam yang sangat teguh bagi parti Konservatif,” kata Cameron selepas telah dipilih semula ke kerusi Witney di selatan England.

Beberapa jam kemudian, beliau kembali ke Downing Street bersama isterinya Samantha dan pejabatnya mengesahkan dia berhasrat untuk membuat kunjungan hormat menemui Ratu Elizabeth II di Buckingham Palace pada 12:30 tengah hari (1130 GMT), tempat beliau dijangka akan disahkan sebagai perdana menteri dan diminta untuk membentuk kerajaan baru.

Perdana Menteri Britain dan Pemimpin Parti Konservatif, David Cameron (kiri) bersama isterinya tiba di Downing Street di London selepas mengunjungi Ratu Elizabeth II. – AFP
Perdana Menteri Britain dan Pemimpin Parti Konservatif, David Cameron (kiri) bersama isterinya tiba di Downing Street di London selepas mengunjungi Ratu Elizabeth II. – AFP

Cameron mengatakan Britain perlu ‘mengadakan’ referendum berhubung keahlian Kesatuan Eropah (EU) yang dijanjikannya menjelang 2017, membangkitkan prospek bahawa negara itu akan meninggalkan blok tersebut.

Pilihan raya itu merupakan sokongan rancangan jimat cermat Cameron dan sepertinya akan melihat pemotongan berterusan ke atas perbelanjaan awam ketika beliau berusaha untuk mengurangkan defisit bajet hampir £90 bilion (120 bilion euro, $140 bilion).

Pemimpin buruh Ed Miliband mengakui ia adalah ‘malam yang sangat sukar dan mengecewakan’ bagi parti kiri-tengah, yang disingkirkan oleh Cameron pada 2010.