Budak lelaki dibaham ikan yu di Terumbu Sawar Besar

Budak lelaki dibaham ikan yu di Terumbu Sawar Besar

SYDNEY, 5 Jan (AFP) – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah dibaham seekor ikan yu di perairan Terumbu Sawar Besar Australia hari ini, menurut para pegawai, serangan kedua di kawasan itu dalam masa empat hari.

Budak lelaki itu ‘meredah air yang dalamnya separas lutut’ di pinggir pantai Pulau Heron, kira-kira 460km dari bandar Brisbane utara negeri Queensland, apabila dia dibaham oleh jerung black-tip reef di kaki kanannya, menurut Queensland Ambulance.

“Kanak-kanak itu kemudian segera dibawa oleh ayahnya ke pusat perubatan di pulau itu, tempat dia dirawat oleh jururawat berdaftar,” kata paramedik Brad Lawson.

Jurucakap Queensland Ambulance memberitahu AFP yang kecederaan teruk namun mengancam nyawa dan budak lelaki itu dalam keadaan yang stabil.

Jerung black-tip reef biasanya ditemui sekitar terumbu karang dan beting dan boleh membesar kira-kira 1.8 meter panjang.

Serangan itu muncul selepas lelaki berusia 31 tahun digigit oleh seekor jerung – dilaporkan sepanjang tiga meter – pada Sabtu semasa sedang menangkap ikan di pulau Miall, juga berdekatan dengan hujung selatan terumbu itu.

Para pegawai ambulans memberitahu Australian Broadcasting Corporation bahawa lelaki itu mengalami kecederaan walaupun berulang kali menumbuk jerung berkenaan sehingga ia lari.

Siri serangan di negeri jiran New South Wales tahun lepas mencetuskan pihak berkuasa untuk mengimplementasikan pelbagai langkah pencegahan ikan jerung untuk mengurangkan pertembungan semasa musim panas 2015-16 yang sibuk.

Langkah-langkah itu termasuk ujian dron udara untuk mengesan pergerakan jerung, walaupun kerajaan negeri telah mengarahkan penakaian haiwan itu.

ARTIKEL YANG SAMA