Budak lelaki hilang dalam hutan

Budak lelaki hilang dalam hutan

TOKYO, 30 Mei – Seorang budak lelaki berusia 7 tahun hilang dalam hutan di utara Jepun selepas ibu bapanya dilaporkan memaksanya keluar daripada kereta sebagai hukuman.

Kira-kira 150 pekerja menyelamat meneruskan usaha mencari hari ini di kawasan berhutan di Hokkaido, kawasan paling utara di antara empat pulau utama Jepun. Dia telah hilang sejak petang Sabtu lalu.

Polis Hokkaido berkata ibu bapa pada mulanya memberitahu pihak berkuasa bahawa anak lelaki mereka telah hilang ketika mereka sedang memetik sayur liar, tetapi sejam kemudian mengaku mereka telah memaksanya keluar daripada kereta ‘sebagai disiplin’. Polis berkata bapa budak itu kembali ke tapak beberapa minit kemudian tetapi budak lelaki itu telah hilang.

Ibu bapa memberitahu polis ia adalah satu hukuman kepadanya kerana melontar batu ketika bermain di sebatang sungai sebelum itu, menurut media Jepun. Berita Kyodo berkata polis sedang menyiasat sama ada kes tersebut adalah tertakluk kepada pembuangan kanak-kanak. – AP

Pasukan penyelamat mencari seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang hilang dalam hutan Jepun di bandar Nanae, Hokkaido, utara pulau utama Jepun kelmarin. - AP
Pasukan penyelamat mencari seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang hilang dalam hutan Jepun di bandar Nanae, Hokkaido, utara pulau utama Jepun kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA