Budak lelaki ...

Budak lelaki tergantung dari lif ski

SALT LAKE CITY, 5 Jan – Seorang lelaki yang sedang meluncur salji dengan anak-anaknya berjaya merakamkan video dramatik seorang budak lelaki tergantung dari lif ski dengan beg sandangnya.

Clint Ashmead berkata, kejadian berlaku Isnin lalu di Resort Sundance Mountain di selatan Salt Lake City.

Katanya, pengendali lif segera bertindak menghentikan lif itu dan meletakkan tikar di bawah sebagai langkah berjaga-jaga jika kanak-kanak itu jatuh.

Budak itu membuang ski yang dipakai dan melempar kayu ketika dua pengendali lif menaiki tangga dan menarik budak itu.

Ashmead berkata, budak itu diselamatkan dalam masa tujuh minit dan dalam keadaan baik. Ia adalah kali kedua dalam masa tidak sampai tiga minggu seorang kanak-kanak turut mengalami kejadian sama. – AP