Budak lelaki terselamat serangan di Aleppo

Budak lelaki terselamat serangan di Aleppo

BEIRUT, 18 Ogos – Para aktivis pembangkang Syria telah mengeluarkan video yang menghantui fikiran yang memaparkan seorang budak lelaki yang diselamatkan dari runtuhan selepas serangan udara di Aleppo.

Imej budak lelaki yang nampak tergamam dan letih, yang sedang duduk di kerusi jingga di dalam kereta ambulans dengan keadaan dirinya di selimuti debu dan wajahnya berdarah, memperlihatkan ketakutan yang dialami di bandar utara yang berkonflik itu dan secara meluas dikongsikan di media sosial.

Doktor di Aleppo hari ini mendedahkan identiti budak lelaki itu yang berusia 5 tahun sebagai Omran Daqneesh. Osama Abu al-Ezz mengesahkan budak lelaki itu dibawa ke hospital dikenali sebagai “M10” malam semalam ekoran serangan udara ke atas daerah Qaterji yang dikuasai pemberontak, dengan mengalami kecederaan pada kepalanya, tetapi tidak ada kecederaan otak dan kemudian telah dibenarkan keluar dari hospital.

Para doktor di Aleppo menggunakan nama kod bagi hospital-hospital yang menurut mereka terus menerus menjadi sasaran serangan udara kerajaan. Abu al-Ezz berkata mereka berbuat demikian ‘ke-rana kami takut pasukan keselamatan akan mencerobohi rangkaian perubatan mereka dan mensasarkan kereta ambulans ketika mereka memindahkan pesakit-pesakit dari sebuah hospital ke hospital lain.”

Dalam video itu dihantar lewat semalam oleh Pusat Media Aleppo, seorang lelaki dilihat mengeluarkan budak lelaki dari tempat yang huru hara pada waktu malam dan membawanya ke dalam kereta ambulans. Budak lelaki itu nampak kebingungan.

Budak lelaki itu kemudian meraba mukanya yang berlumuran darah, kemudian melihat tangannya dan mengelapnya pada kerusi kereta ambulans.

Aktivis-aktivis pembangkang berkata lapan kematian dan kecederaan keseluruhannya dari serangan udara ke atas Qaterji, antaranya lima orang kanak-kanak. Imej Omran di kerusi jingga mengingatkan imej Aylan Kurdi, budak lelaki Syria yang mati lemas yang mayatnya ditemui di pantai Turki dan memperlihatkan jumlah dahsyat akibat perang saudara Syria. – AP

ARTIKEL YANG SAMA