Budak mampu beli rumah kerana bakat

Budak mampu beli rumah kerana bakat

5-tahunUNITED KINGDOM, 14 November 2011 – Ketika rakan sebayanya melukis gambar untuk menyerikan rumah keluarga masing-masing, lukisan Kieron Williamson pula telah mampu membeli sebuah rumah untuk keluarganya.

Budak berusia sembilan tahun itu telah mengutip jualan daripada 33 lukisan terakhirnya sebanyak £150,000, dan masih lagi banyak lukisannya dijual di pasaran, dengan gabungan jualan sebanyak £106,260.

Pernah sekali koleksi lukisan-lukisan cat air, minyak dan pastel telah habis dijual, budak lelaki yang digelar ‘pelukis cilik’ dijangka menjual 89 lukisan dalam lima pameran.

Ibunya, Michelle, mendedahkan bahawa anaknya yang berbakat luar biasa itu mempunyai lebih daripada 1,000 lakaran dan lukisan di rumah, termasuk sekurang-kurangnya 50 kanvas yang sudah siap.

Namun tawaran paling mahal semasa pameran terbarunya adalah lukisan masjid Suleymaniye di Istanbul, Turki, sebanyak £15,595, meskipun faktanya dia tidak pernah meninggalkan UK dan melukis tempat asing menggunakan gambar dari Internet.

Pada Ogos tahun sebelumnya, 33 daripada ciptaannya dijual pada harga £150,000 dalam kurang daripada 30 minit.

Itulah yang membolehkannya membeli sebuah rumah di Ludham, Norfolk, tempat dia tinggal sekarang bersama ibunya, ayahnya dan adik perempuannya yang berusia tujuh tahun.

Keluarganya sebelum ini menyewa sebuah flat berhampiran Holt. Kieron berkata bahawa dia tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa lukisan dan lakaran.