Budak maut telan coklat kinder

Budak maut telan coklat kinder

TOULOUSE, 2 Feb – Pendakwa raya Perancis berkata tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap pengilang dari Itali, Ferrero selepas seorang budak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat tercekik mainan telur coklat, Surprise Kinder.

Polis difahamkan, kanak-kanak itu menelan tayar plastik kecil yang tertanggal dari mainan di dalam telur coklat berkenaan.

Walaupun datuknya berjaya mengeluarkan objek itu, dia koma dan mati tidak lama kemudian di barat daya bandar Toulouse, Perancis.

Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat kelemasan mekanikal.

“Pemeriksaan yang dijalankan berhubung penggunaan permainan itu tidak membenarkan pengilang dipersoalkan,” kata pendakwa utama siasatan itu, Cecile Deprade.

Katanya, terdapat amaran pada bungkusan telur coklat yang melarang ia diberikan kepada kanak-kanak berusia di bawah tiga tahun kerana mengandungi bahagian kecil yang mungkin boleh ditelan atau disedut.

Deprade berkata, budak perempuan itu bermain dengan mainan berkenaan hampir sebulan tanpa sebarang masalah. – AFP