Budak perempuan hilang didapati maut

Budak perempuan hilang didapati maut

JAKARTA, 11 Jun (dpa) – Pihak polis pulau Bali memberikan maklumat hari ini mengenai penemuan mayat perempuan yang hilang, dalam satu kes yang telah menggemparkan Indonesia.

Budak perempuan yang berusia 8 tahun, Angeline dilaporkan ibu angkatnya telah hilang sejak bulan lepas.

Polis menjumpai mayat Angeline tertimbus bersama anak patungnya di kawasan belakang rumah keluarga angkatnya di Denpasar kelmarin, Ketua polis tempatan Ronnie Sompie memberitahu Metro TV.

Pengawal yang bekerja di rumah itu telah dinamakan sebagai suspek utama, ketua polis Denpasar Anak Agung Gede Sudana memberitahu para wartawan.

Dia mengaku merogol budak perempuan itu, tetapi tidak membunuhnya, katanya.

Doktor yang telah menjalankan pemeriksaan berkata Angeline telah meninggal sejak tiga minggu lalu dengan mendapati kesan cedera di bahagian kepala akibat hentaman objek besar, dan sebahagian tempat pada badannya menunjukkan tanda seksaan fizikal.

ARTIKEL YANG SAMA