Budak sekolah diculik berjaya diselamatkan

Budak sekolah diculik berjaya diselamatkan

LAGOS, 6 Mac (AFP) – Tiga pelajar sekolah menengah yang diculik dari sekolah mereka di bandar terbesar Lagos, Nigeria, telah ditemui, menurut polis kepada AFP hari ini.

“Dari tengah malam hingga awal hari ini kami dapat menyelamatkan mereka,” kata jurucakap polis wanita negeri Lagos, Dolapo Badmus memberitahu AFP.

Ketiga-tiga remaja perempuan berkenaan diculik dari asrama mereka Isnin lalu di Sekolah Seminari Junior Babington Macaulay di timur sub bandar Ikorodu.

Penculikan itu mencetuskan pencarian besar-besaran ke atas remaja tersebut dan mencetuskan kerajaan negeri untuk memperkukuhkan keselamatan di sekolah-sekolah seluruh bandar mega itu, yang mempunyai penduduk kira-kira 20 juta orang.

Tidak ada butiran lanjut diperolehi dan polis sebelumnya enggan untuk memberi komen atas laporan media tempatan yang menuntut tebusan 200 juta naira (hampir AS$1 juta).

Penculikan dari sekolah-sekolah adalah jarang berlaku di Lagos, walaupun penculikan meminta tebusan daripada penjenayah bersenjata adalah biasa di negeri-negeri selatan.