Budak siber kejutkan dunia

THE HAGUE, 19 Mei – ‘Siber ninja” berusia 11 tahun mengejutkan orang ramai yang terdiri daripada pakar-pakar keselamatan pada Selasa lalu dengan menggodam patung beruang menerusi bluetooth untuk menunjukkan bagaimana permainan pintar “boleh dijadikan senjata”.

Reuben Paul dari AS mungkin hanya dalam tahun 5 di sekolahnya di Austin, Texas, tetapi dia dan patung beruang Bob mengejutkan beratus orang pada satu persidangan keselamatan siber di The Netherlands.

“Dari pesawat sehingga automobil, dari telefon pintar sehingga kediaman pintar, segala-galanya atas mana-mana permainan yang menjadi sebahagian “Internet of Thing (IOT),’ katanya, kedudukan kecil yang berada dalam peringkat besar pada Forum Dunia di The Hague.

“Dari pemusnah kepada patung beruang, apa sahaja atau sebarang mainan boleh dijadikan senjata.”

Sebagai demonstrasi, dia meletakkan patung beruangnya, yang dihubungkan ke icloud menerusi wiFi dan teknologi pintar bluetooth untuk menerima dan menukar mesej.

Reuben Paul ketika menunjukkan bagaimana dia menjadikan patung beruangnya menjadi sebuah senjata. - AFP
Reuben Paul ketika menunjukkan bagaimana dia menjadikan patung beruangnya menjadi sebuah senjata. – AFP

Disambungkan ke peranti komputer ribanya dikenali sebagai “raspberry pi”, komputer berukuran kad kredit, Reuben mengimbas dewan itu bagi mendapatkan peranti bluetooth yang ada, dan mengejutkan semua orang termasuk dia sendiri, secara tiba-tiba memuat turun berdozen nombor termasuk beberapa pegawai tertinggi.

Kemudian menggunakan program bahasa komputer, digelar Python, dia menggodam ke dalam beruangnya menerusi alamat bluetooth untuk membuka salah satu lampu dan merekodkan mesej dari penonton.

“Kebanyakan yang dihubungkan Internet memiliki fungsi bluetooth…saya secara asasnya menunjukkan bagaimana saya dapat menghubungkannya, dan menghantar arahan kepadanya, dengan merakamkan audio dan bermain dengan lampu,” dia memberitahu AFP kemudian. – AFP