Budayakan cara hidup sihat

Budayakan cara hidup sihat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Dis – Usaha terus dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat termasuk golongan wanita dan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat menerusi kegiatan senaman dan riadah.

Dalam hubungan itu, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), akan mengadakan Acara Senamrobik beramai-ramai esok (16 Januari 2016) bermula dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Penyertaan adalah dibukakan kepada rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam dengan yuran penyertaan sebanyak $5 sahaja.

Jabatan Belia dan Sukan menurut kenyataannya berkata, tiket penyertaan bagi acara itu boleh didapati di Urus Setia Mass Aerobic, Tingkat 6, Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, KKBS.

Tiket juga boleh didapati pada hari acara itu diadakan, di mana ia akan diedarkan bermula pukul 7 malam di pintu masuk Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan di talian 2381903/4/5 sambungan 1616/1630/1632.

Kegiatan senamrobik anjuran Jabatan Belia dan Sukan bermatlamat untuk menggalakkan masyarakat Brunei untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA