Bufet Khas Ambuyat di Anjung Saujana

Bufet Khas Ambuyat di Anjung Saujana

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Restoran Anjung Saujana, di bawah Royal Brunei Catering (RBC), telah memperkenalkan promosi menarik untuk pelanggan yang menikmati hidangan di restoran berkenaan bagi bulan April iaitu Bufet Khas Makan Tengah Hari Ambuyat (Ambuyat Lunch Time Special Buffet).

Promosi yang berjalan sehingga 28 April ini hanya boleh didapati setiap Isnin hingga Khamis dari jam 11:30 pagi hingga 2 petang.

Antara hidangan yang disediakan termasuk makanan tradisi dan asli Brunei seperti Kerabu Mangga Muda, Kerabu Kacang Sirik, Ambuyat dengan pelbagai perisa cacah, Ikan Tenggiri Panggang, Ikan Liking, Pais Daging, Ayam Goreng Berempah, dan Sayur Umbut Masak Lemak dengan Ikan Masin.

Pencuci mulut pula termasuk kuih-kuih Melayu dan pelbagai jenis buah.

Tukang masak Restoran Anjung Saujana ketika ‘menumpah’ ambuyat.
Tukang masak Restoran Anjung Saujana ketika ‘menumpah’ ambuyat.
Antara hidangan yang disediakan bagi promosi bufet di Restoran Anjung Saujana.
Antara hidangan yang disediakan bagi promosi bufet di Restoran Anjung Saujana.

ARTIKEL YANG SAMA