Bufet Ramadan di Excapade

Bufet Ramadan di Excapade

Oleh Imelda Groves HA & Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Sempena bulan Ramadan ini, restoran makanan Jepun, Excapade turut mengadakan promosi Sungkai Bufet yang telah bermula hari ini dengan menjemput para perwakilan media dan perbankan di Excapade Regent Square, Kiulap.

Bufet ini dibukakan setiap hari sepanjang Ramadan dari pukul 6:30 petang hingga 10 malam dengan menghidangkan pelbagai pilihan menu utama seperti Half-shelled Scallop dengan keju, Salmon Asparagus, Kambing Misoyaki, Mussel dengan sos Sakura, sayur-sayur Battayaki, Ayam Kuwayaki, Gindara Teriyaki, Niniku Meshi, Kani Chawan Mushi, dan Chawanmushi dengan Ayam Pedas Miso.

Selain itu, bahagian Tempura dan Furai pula menyajikan Ebi, Kisu, Kanikama, Yasai, Tofu Teriyaki, Tori Karaage, Shisamo & Salmon Furai, Harumaki, Keju Gyoza, Shirao Karaage, Halibut Goma goreng dan mini breaded chicken ball.

Antara hidangan yang terdapat dalam bufet Ramadan di Excapade.
Antara hidangan yang terdapat dalam bufet Ramadan di Excapade.
Hidangan ketam dan udang juga terdapat dalam barisan bufet itu.
Hidangan ketam dan udang juga terdapat dalam barisan bufet itu.
Para pelanggan ketika memilih makanan daripada pelbagai menu yang dihidangkan.
Para pelanggan ketika memilih makanan daripada pelbagai menu yang dihidangkan.

Di bahagian pembuka selera (appetizer & cold dish) pula disediakan Edamame, Chuka Idako, Wakame, Hotategai, Snow Crab Leg, Half-Shelled Mussel, Soba sejuk, Tofu sejuk dengan sos Goma atau miso ayam pedas, salad campur, smoked salmon Gravlax, pelbagai jenis Sashimi, Susyi dan Maki, serta Natto dengan kentang goreng.

Sebagai pencuci mulut pula, pelanggan disediakan dengan pelbagai pilihan buah-buahan, ais krim, jeli dan pudding.

Minuman yang disediakan pula termasuk teh hijau (sejuk & panas), bandung, teh lemon ais dan air sejuk.

ARTIKEL YANG SAMA