Bufet Sungkai di Anjung Saujana & Cilantro’s

Bufet Sungkai di Anjung Saujana & Cilantro’s

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, restoran Anjung Saujana & Cilantro’s yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei menampilkan promosi Bufet Sungkai Ramadan Al-Mubarak.

Antara hidangan yang disajikan termasuk nasi seafood briyani & jelatah, ketam cili Singapura, umbut masak lemak, kambing vindalo, ayam Thai kari hijau, soto gearbox, nangka masak lemak ikan masin, tenggiri masak tempoyak dan banyak lagi.

Selain itu pelbagai hidangan pencuci mulut juga disajikan, di samping minuman seperti air bandung, air jagung, air selasih, cendol dan sebagainya.

Promosi ini turut menampilkan pondok ABC, kaunter cucur, rojak, gado-gado, pondok ambuyat.

Antara hidangan yang disajikan dalam promosi bufet berkenaan.
Antara hidangan yang disajikan dalam promosi bufet berkenaan.

pg09_150624_d

Sepanjang promosi ini, pemegang kad RBC akan mendapat diskaun 10 peratus.

Restoran Anjung Saujana dibuka dari pukul 3 petang hingga 11 malam setiap hari, manakala itu, Cilantro’s Gourmet Patisserie dari 7 pagi sehingga 11 malam. Setiap hari Jumaat, kedua-dua restoran akan ditutup 12 tengah hari hingga 2 petang.

ARTIKEL YANG SAMA