Bufet Sungkai di i-Crave Kopitiam

Bufet Sungkai di i-Crave Kopitiam

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Restoran i-Crave Kopitiam yang terletak di bangunan i-Centre, Anggerek Desa, turut tidak ketinggalan menawarkan Bufet Sungkai sempena bulan Ramadan ini, sehingga 14 Julai.

Sepanjang promosi ini, restoran yang menyajikan makanan Asia terutamanya ala Nyonya itu akan mengetengahkan pelbagai hidangan termasuk mi goreng, ayam kari ubi kentang, belutak, ikan pari lemak Taucu, daging kurma, tenggiri, ayam bakar dan banyak lagi.

Selain makanan utama, pelanggan juga disajikan dengan kuih-muih Melayu serta minuman panas dan buah-buahan.

Pemilik i-Crave Kopitiam, Awang Nurhakim bin Haji Adanan berkata ini adalah peluang untuk menikmati hidangan-hidangan istimewa mereka, dan hidangan ini akan diubah setiap hari mengikut menu yang disediakan.

Untuk tempahan, orang ramai bolehlah menghubungi talian 2338282.

Pengunjung mencuba hidangan Bufet Sungkai di i-Crave Kopitiam.
Pengunjung mencuba hidangan Bufet Sungkai di i-Crave Kopitiam.

ARTIKEL YANG SAMA