Bufet sungkai di OGH

Bufet sungkai di OGH

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Hotel Orchid Garden melalui Goldiana Cafe dan Restoran Vanda, turut tidak ketinggalan menawarkan promosi Bufet Sungkai Ramadan dengan menyajikan pelbagai jenis juadah yang ditukar setiap minggu.

Di Goldiana Cafe & Lounge, bufet sungkai diadakan dari jam 6 petang hingga 10 malam, di mana bagi tempahan pelanggan korporat 50 orang ke atas juga akan menerima diskaun

Selain itu, baucar hadiah juga ditawarkan pada promosi ini bagi syarikat-syarikat yang ingin membuat kejutan buat klien, rakan-rakan dan juga keluarga mereka di hotel berkenaan.

Sementara itu, Restoran Vanda pula menawarkan Sungkai Set Stimbot untuk dinikmati oleh dua hingga tujuh orang.

Pekerja Hotel Orchid Garden ketika menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
Pekerja Hotel Orchid Garden ketika menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
Antara menu yang dihidangkan untuk berbuka puasa yang bertempat di Hotel Orchid Garden, Serusop.
Antara menu yang dihidangkan untuk berbuka puasa yang bertempat di Hotel Orchid Garden, Serusop.

Di Vanda Chinese Restaurant turut menawarkan Sahur Set Stimbot yang dibukakan dari pukul 11 malam hingga 2 pagi namun hanya pada malam Jumaat dan Sabtu.

Selain promosi sungkai yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadan itu, hotel berkenaan juga menawarkan Pakej Bilik Ramadan yang turut menawarkan penginapan pada harga istimewa termasuk bufet sungkai dan sahur untuk satu orang bagi penginapan sehari dan dua orang untuk penginapan dua hari.

ARTIKEL YANG SAMA