Bufet Sungkai Mega FreshCo tawar pelbagai juadah

Bufet Sungkai Mega FreshCo tawar pelbagai juadah

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Bufet Sungkai Mega FreshCo yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa dari beberapa buah restoran di bawah satu bumbung, kembali lagi di FreshCo, Batu Satu, bermula hari ini hingga hujung Ramadan ini.

Untuk keselesaan dan kemudahan orang ramai, bufet mega tersebut disediakan setiap hari di Dewan Bankuet Putera, Tingkat 1, di FreshCo, Batu satu.

Antara restoran yang turut serta dalam bufet mega ini ialah Restoran All Seasons , Sushi Tei, Waroeng Panyet, Pastamania, Killiney, I Love Yoo dan Auntie Anne’s.

Tambahan terbaru bagi tahun ini ialah Cinnabon, francais bakeri Amerika yang menyediakan Cinnamon Bites dan Pecan Bites.

Dalam bufet ini, pelbagai jenis kek, kuih-muih dan ais krim tanpa had juga disediakan sebagai juadah pencuci mulut.

Antara juadah yang dihidangkan dalam Bufet Sungkai Mega FreshCo.
Antara juadah yang dihidangkan dalam Bufet Sungkai Mega FreshCo.

Lebih menarik lagi, bufet berkenaan turut menampilkan tukang masak pasta secara langsung di mana pelanggan boleh menempah pasta yang diinginkan dan dimasak secara langsung oleh cef tersebut.

Manakala itu, cef Sushi Tei juga akan membuat gulungan susyi dan maki secara langsung untuk disaksikan oleh para pelanggan sendiri.

Pelanggan yang membayar dengan kad BIBD akan layak menerima diskaun sehingga 20 peratus sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, bagi pemegang kad kredit BIBD pula layak menerima diskaun sehingga 30 peratus hanya pada Jumaat begitu juga dengan pemegang kad kredit Standard Chartered yang layak mendapatkan diskaun sehingga 35 peratus untuk pembelian $50 ke atas bagi setiap transaksi.

ARTIKEL YANG SAMA