Bufet Sungkai Paparich dapat sambutan

Bufet Sungkai Paparich dapat sambutan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Sejak hari pertama Ramadan, promosi Bufet Sungkai di Restoran Paparich mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Selain menampilkan lebih 20 jenis juadah, Paparich turut menawarkan promosi beli satu percuma satu bagi Mi Hoon Goreng Sayur bersama Kari Kambing.

Hidangan dalam promosi bufet yang bermula pukul 6 petang dan hingga 9 malam itu akan sentiasa ditukar seperti yang dirancang ketua tukang masak bersama Pengurus Restoran Paparich, Florence Chew.

Ketika ditemui, Florence Chew berkata mereka komited menyediakan barisan juadah yang terbaik bagi pelanggan setianya.

Menurut beliau, bufet sudah menjadi tradisi bagi umat Islam di negara ini untuk berbuka puasa kerana ia mudah dan murah.

pg08_150630_b

Antara hidangan yang disajikan dalam promosi bufet sungkai di Paparich.
Antara hidangan yang disajikan dalam promosi bufet sungkai di Paparich.

Antara hidangan popular dan sering ditempah di restoran itu adalah Ayam Mentega, Tempura Ikan, Kari laksa, Asam laksa dan banyak lagi juadah lain termasuk makanan pembuka selera dan pencuci mulut.

ARTIKEL YANG SAMA