Buffon berdepan ‘pengganti’

Buffon berdepan ‘pengganti’

MILAN, 20 Nov (AFP) – Juara Juventus akan melayan AC Milan dalam perlawanan berisiko tinggi esok yang akan menghentikan Gianluigi Buffon menentang sensasi remaja yang akan menggantikannya sebagai penjaga gol Itali.

Juventus dilihat mengetepikan permulaan sukar mereka dalam kempen itu tetapi defisit sembilan mata kepada pendahulu Fiorentina bermakna mereka mempunyai banyak alasan untuk bangkit dalam perebutan ‘scudetto’.

Namun dalam perlawanan yang akan menyaksikan keselamatan dikawal ketat berikutan serangan pengganas di Paris, semua mata tertumpu kepada penjaga gol mereka yang mewakili persaingan masa lalu, sekarang dan masa depan di Itali.

Buffon, 37, diraikan oleh penyokong semalam apabila meraikan ulang tahun ke-20 dalam kemunculan Serie A bersama Parma.

Segala-galanya bermula pada 19 November 1995 ketika beliau berusia 17 tahun sudah mampu mengatasi penjaga gol yang dua kali ganda usianya untuk menyaingi Roberto Baggio, Marco Simone dan George Weah ketika Parma mengekang AC Milan untuk seri tanpa jaringan.

Donnaruma dianggap sebagai pengganti Buffon untuk menggalas misi menjaga gawang Azzurri. – Reuters
Donnaruma dianggap sebagai pengganti Buffon untuk menggalas misi menjaga gawang Azzurri. – Reuters

Sama ada dikhususkan atau satu kebetulan, 20 tahun kemudian, hampir pada hari itu, Buffon sekali lagi menghadapi Milan. Hanya kali ini, dia berjabat tangan bersama Gianluigi Donnarumma, dan peminat akan menyaksikan obor Azzuri mungkin akan diserahkan.

Donnaruma, 16, membuat kemunculan liga dalam kemenangan 2-1 ke atas Sassuolo bulan lalu dan pemain veteran dari Sepanyol, Diego Lopez berada di bangku simpanan sejak itu.

Milan mencatatkan 10 mata dari empat perlawanan lalu mereka untuk berada tujuh mata di belakang La Viola dan kebanyakan terserah kepada pemain sensasi remaja, Donnarumma.

Pemain Croatia Juventus Mario Mandzukic diragui kecergasannya selepas cedera buku lali ketika menentang Rusia, dan rakan penyerang Paulo Dybala dijadualkan kembali semalam daripada tugasan antarabangsa bersama Argentina.

Tetapi penyerang Juventus Sepanyol, Alvaro Morata memberitahu rangkaian televisyen kelab Juventus, Jtv: “Kami masih dahagakan kemenangan dan mahu kembali ke kedudukan teratas di mana tempat asal kami.”

ARTIKEL YANG SAMA