Buffon beri amaran

Buffon beri amaran

MILAN, 20 Sept – Barisan pertahanan Juventus bocor lagi, jaringan semakin sukar dan kapten pasukan yang juga penjaga gol Gianluigi Buffon telah menyuarakan amaran selepas juara Serie A itu terjejas dengan kekalahan 2-1 dalam pertembungan tetangga dengan Inter Milan.

Juventus akan melayan Cagliari esok dan Buffon mahu menguatkan bahagian pertahanan. “Itu adalah kali ketiga musim ini kami bolos jaringan menerusi sepakan percuma. Pasukan itu seolah-olah bukan seperti kami,” jelas Buffon.

Dia bercakap selepas sepakan sudut Mauro Icardi dan Ivan Perisic melompat di atas pertahanan Juventus untuk menanduk bola dan menyelamatkan kemenangan pertama Inter di San Siro ke atas gergasi Turin itu sejak 2010 di bawah Jose Mourinho.

Kekalahan pertama Juventus musim ini menyaksikan Napoli mengungguli kedudukan dengan satu mata dan pasukan selatan itu boleh tersenyum melihat kesukaran Juventus itu.

Bekas penyerang Napoli, Gonzalo Higuain mencatatkan rekod 36 gol dalam Serie A musim lalu tetapi, biarpun menjaringkan satu gol dalam kemenangan liga 3-1 ke atas Sassuolo minggu lalu, pemain dari Argentina itu belum menjaringkan gol dalam dua kemunculannya bersama Juventus.

Permulaan Juventus yang menampakkan kelainan berbanding musim sebelumnya menyebabkan Buffon memberi amaran kepada pasukan untuk aksi liga seterusnya. – AFP
Permulaan Juventus yang menampakkan kelainan berbanding musim sebelumnya menyebabkan Buffon memberi amaran kepada pasukan untuk aksi liga seterusnya. – AFP

Tentu saja Juventus terlalu awal untuk Juve membuat kesimpulan musim liga dan Liga Juara-Juara berikutan pembelian Miralem Pjanic dari Roma dan pertahanan Dani Alvez dari Barcelona.

Pasukan Massimiliano Allegri bertahan untuk keputusan seri tanpa jaringan kepada juara Liga Europa, Sevilla Rabu lalu dan jaringan pembukaan minit ke 66 mereka Ahad lalu hadir menerusi pemain sayap Switzerland, Stephan Lichsteiner.

Penyerang Napoli Jose Callejon menjadi penjaring terbanyak setakat ini dengan lima gol daripada empat perlawanan, dan rakan sepasukan dari Poland Arkadiusz Milik yang dibeli dari Ajax sebagai pengganti Higuain menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan.

Walaupun Higuain menjaringkan tiga gol liga, Pualo Dybala, penjairng terbanyak Juventus musim lalu, belum lagi mencatatkan sebarang jaringan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA