Buffon kecewa hampakan Itali

Buffon kecewa hampakan Itali

BORDEAUX, 3 Julai – Gianluigi Buffon berkongsi detik emosi dengan peminat Itali di Stade de Bordeaux di sini, selepas kekalahan pasukannya dalam penentuan penalti kepada Jerman pada suku akhir Euro 2016.

Penjaga gol Juventus itu dilihat menangis ketika meninggalkan padang, menggosok matanya dengan jari sebelum melambai kepada penonton.

Pemain berusia 38 tahun itu tidak dapat menghalang penalti kemenangan dari Jonas Hector sekali gus mengesahkan kemaraan Jerman ke separuh akhir.

“Kami sudah melakukan lebih dari apa yang kami perlu lakukan dan ia sangat mencukupi, bermaksud apabila anda adalah pasukan yang bernilai, diuruskan dengan baik, memiliki taktik, maka tiada apa yang mustahil,” kata Buffon kepada Rai Sport dalam satu temu bual selepas perlawanan.

Buffon akur kekalahan Itali yang tewas pada penentuan sepakan penalti kepada Jerman di Stadium Matmut Atlantique di Bordeaux. Buffon menangis ketika meninggalkan padang, menggosok matanya dengan jari sebelum melambai kepada penonton. - AFP
Buffon akur kekalahan Itali yang tewas pada penentuan sepakan penalti kepada Jerman di Stadium Matmut Atlantique di Bordeaux. Buffon menangis ketika meninggalkan padang, menggosok matanya dengan jari sebelum melambai kepada penonton. – AFP

“Kami mempunyai alasan untuk menangis. Kami sudah melakukan yang terbaik. Ia adalah gila untuk berfikir bahawa Jerman gagal menyudahkan tiga penalti dan ia masih tidak mencukupi.”

Mungkin Buffon mempunyai alasan sendiri betapa ia adalah peluang terakhir untuknya menjulang trofi Kejohanan Eropah – gelaran yang tidak dimenangi Itali selama 48 tahun.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa kami lebih teruk. Kekalahan ini amat mengejut buat kami. Kami bergerak ke hadapan, kerana tugas dan tanggungjawab lain. – Agensi