Buffon mahu bermain sehingga usia 40 tahun

Buffon mahu bermain sehingga usia 40 tahun

BERLIN, 12 Jun (AFP) – Penjaga gol Juventus Gianluigi Buffon berkata dia sudah bersedia untuk terus bermain tiga musim lagi demi mencapai beberapa ‘impian’ walaupun melepasi usia 40 tahun.

Buffon menderita tewas final Liga Juara-Juara buat kali kedua bersama Juventus apabila tunduk 3-1 kepada Barcelona semalam. Pemenang Piala Dunia Itali itu tidak dapat berbuat apa-apa dengan rembatan Ivan Ratikic, Luis Suarez dan Neymar.

Juventus pada satu ketika bangkit untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan Buffon berkata: “Pada separuh kedua, ada ketikanya kami percaya boleh mencuri kemenangan. Malangnya kami tidak berjaya.

“Tetapi kami mempunyai perlawanan yang baik. Itu perkara paling penting. Kami tiada alasan untuk menyalahkan diri sendiri.”

Ditanya mengenai masa depannya, Buffon, yang kini berusia 37 tahun berkata, beliau masih mahu memenangi mahkota Liga Juara-Juara.

Gianluigi Buffon (kiri) bercakap kepada rakannya semasa menjalani latihan di Split sebagai persediaan menghadapi Croatia untuk aksi kelayakan Euro 2016 lewat hari ini. - Reuters
Gianluigi Buffon (kiri) bercakap kepada rakannya semasa menjalani latihan di Split sebagai persediaan menghadapi Croatia untuk aksi kelayakan Euro 2016 lewat hari ini. – Reuters

“Saya mahu tiga tahun lagi pada tahap ini untuk mencapai beberapa impian,” kata pemain yang telah pun memenangi enam gelaran Itali dan Piala Dunia 2006.

Dia mungkin menjadi pemain terbaru dalam barisan panjang untuk penjaga gol Itali yang begitu lama berkhidmat untuk kelab dan negara.

Dino Zoff, seorang lagi legenda Juventus, bermain pada Piala Dunia 1982 ketika berusia 40 tahun. Walter Zenga, bintang di Inter Milan dan pasukan Itali dan kini jurulatih Sampdoria, masih bermain untuk

New England Revolution di Amerika Syarikat pada usia 39 tahun.

Jurulatih Juventus Massimiliano Allegri berkata, Buffon adalah sebahagian daripada Pasukan yang hebat kerana pencapaian mereka memenangi dua gelaran Itali dan mara ke final Liga Juara-Juara.