Buffon optimis

Buffon optimis

MADRID, 8 Dis – Kapten Juventus, Gianluigi Buffon percaya pasukan itu mempunyai kualiti untuk sekali lagi mara ke final Liga Juara-Juara musim ini dengan kelab Itali berkenaan hampir pasti layak ke pusingan 16 terbaik sebagai juara kumpulan apabila menentang Sevilla, awal pagi esok.

Satu mata di Sanchez Pizjuan sudah memadai buat juara Itali itu untuk menjuarai Kumpulan D mengatasi Manchester City dan mengelak daripada bertemu pasukan seperti Bayern Munich, Barcelona dan Real Madrid di pusingan kalah mati.

Pada usia 37 tahun, Liga Juara-Juara adalah salah satu trofi utama yang masih belum dijulang Buffon selepas tewas kepada Barca dalam aksi final musim lalu dan AC Milan pada 2013.

Bagaimanapun, dia yakin Juventus mampu bersaing untuk memburu trofi berprestij Eropah itu musim ini selepas permulaan yang perlahan.

Buffon bercakap semasa sidang akhbar di stadium Ramon Sanchez Pizjuan semalam, menjelang perla-wanan menentang Sevilla. - AFP
Buffon bercakap semasa sidang akhbar di stadium Ramon Sanchez Pizjuan semalam, menjelang perla-wanan menentang Sevilla. – AFP

“Kami boleh berdepan siapa saja di Eropah dan mempamerkan prestasi seperti yang ditunjukkan tahun lalu.

“Kami sentiasa tampil dengan tindak balas yang tepat apabila berdepan sebarang kesukaran atau masalah, dan ini yang membuatkan kami fikir kami sebuah yang pasukan yang hebat.

“Menang di Manchester dan menewaskan Sevilla menunjukkan kami sebuah pasukan yang kuat. Apa yang kurang kami kadangkala hilang tumpuan yang mana kami dalam proses untuk memperbaikinya,” kata Buffon. – AFP