Buffon sekat Jerman

Buffon sekat Jerman

MILAN, 16 Nov – Gianluigi Buffon menyamai rekod penampilan terbanyak di Eropah, 167 kap ketika Itali diikat tanpa jaringan oleh Jerman pada aksi persahabatan antarabangsa, semalam.

Buffon, 38, yang beraksi buat kali pertama bersama Itali pada 1997 kini menyamai rekod penjaga gol legenda Sepanyol, Iker Casillas.

Sekali pun Buffon kini hanya kurang 17 penampilan di belakang pemegang rekod dunia, Ahmed Hassan dari Mesir (184), kehadiran penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma yang tampil lebih positif pada babak kedua memberi ingatan persaraan kini tidak begitu jauh daripadanya.

Menerima kunjungan Jerman kurang empat bulan selepas penentuan penalti yang menamatkan kempen mereka di Euro 2016 di Bordeaux, Itali tampak bersedia menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan ke atas juara dunia itu.

Begitupun, tuan rumah gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan gol sebagai kemenangan dengan cubaan penyerang Torino, Andrea Belotti di penghujung perlawanan juga tidak menemui sasaran.

Seperti pengurus Itali Giampiero Ventura, pengendali Jerman Joachim Loew juga mula memandang ke depan dan melakukan beberapa perubahan pemain berbanding menggunakan bintangternamanya.

Bintang midfield Juventus, Sami Khedira dan perancang Arsenal, Mesut Ozil kedua-duanya direhatkan dan penjaga gol utama, Manuel Neuer yang dijangkiti virus menyaksikan tugas itu diberikan kepada Bernd Leno.

Buffon dipaksa bekerja keras di awal perlawanan apabila terpaksa menghalang larian Thomas Mueller namun diselamatkan selepas pertahanan, Davide Zappacosta muncul tepat pada masanya untuk cubaan terbabit. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA