Buhari presiden baru Nigeria

Buhari presiden baru Nigeria

ABUJA, 29 Mei (AFP) – Muhammadu Buhari menjadi pemimpin negara baru Nigeria hari ini, dalam majlis yang tidak pernah diadakan sebelum ini, selepas beliau meraih kemenangan pembangkang pertama ke atas presiden yang memimpin dalam sejarah negara itu.

Beliau yang berusia 72 tahun itu akan memimpin negara Afrika paling ramai penduduk, yang sedang berdepan krisis di beberapa lapangan, daripada kekacauan ekonomi teruk hinggalah pemberontakan pejuang Islam Boko Islam yang masih berang.

Pelantikan itu diadakan di hadapan pemimpin negara dan pembesar negara, berlaku 32 tahun selepas bekas jeneral tentera merampas kuasa dalam rampasan kuasa tentera. Beliau disingkirkan selepas 20 bulan dalam jawatannya.

Buhari menyifatkan dirinya sendiri sebagai ‘demokrat bertukar’ dan berikrar akan menerajui pentadbiran yang komited kepada keperluan 173 juta orang Nigeria dengan bertindak ke atas rasuah.

Tetapi penganalisis berkata tugas pertamanya mungkin menangani jangkaan sebuah negara yang telah selama berdekad-dekad bergelut dengan kekurangan infrastruktur, pengangguran yang melumpuhkan dan kekacauan yang meluas.

Bekas Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Nigeria, Mohammadu Buhari selepas menyerahkan kuasa di Eagles Square di Abuja pada 29 Mei. – AFP
Bekas Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Nigeria, Mohammadu Buhari selepas menyerahkan kuasa di Eagles Square di Abuja pada 29 Mei. – AFP

Melewati cabaran yang dihadapi kerajaan baru, kepentingan bersejarah upacara hari ini seharusnya tidak terlepas perhatian, kata Clement Nwankwo, seorang aktivis yang pernah menentang pemerintahan tentera.

“Penyerahan itu, memperlihatkan peristiwa penting dalam pembangunan demokrat Nigeria,” Nwankwo, yang kini mengetuai Pusat Sokongan Undang-Undang, memberitahu AFP.

Pemerintahan awam dikembalikan dalam tahun 1999 tetapi Parti Demokratik Rakyat (PDP) telah berkuasa pada peringkat persekutuan selama 16 tahun lalu, ada kalanya nampaknya berniat terus bertahan walau dengan cara apa sekali pun.

Kemenangan Buhari ke atas presiden yang bakal meninggalkan jawatannya, Goodluck Jonathan dalam pengundian 28 Mac lalu dan pelantikan kemudian pemimpin pembangkang lama adalah tidak dijangkakan, tambah Nwankwo.

ARTIKEL YANG SAMA