Bukamata hati lihat yang tersirat

Bukamata hati lihat yang tersirat

KEPEDIHAN dan kesedihan yang datang bersama dalam ujian yang kita hadapi sematkanlah dalam hati dan bersangka baik kepada Allah SWT. Sekiranya kita belum nampak kebaikan yang Allah SWT berikan melalui takdir ujian itu menunjukkan ilmu pengetahuan kita tidak mampu mengukur dan menjangka ilmu Allah SWT yang Maha Luas. Pujuk hati untuk menerima takdir walaupun mungkin mengambil masa untuk kita melihat kebaikan di sebalik kepahitan, kepedihan dan kesakitan yang diberikan Allah SWT.

Perkongsian Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam memfokuskan mengenai perbincangan topik ‘Saat Diri Diuji’. Kegagalan, kerugian, kesakitan, perpisahan dan kematian mempunyai kebaikan jika semua itu datang daripada Allah SWT. Hikmah yang berlaku itu mungkin kita tidak dapat melihat disebabkan oleh mata hati kita yang buta.

Bukalah mata hati untuk melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat supaya kita selalu dapat dihubungkan dengan Allah SWT untuk ditambahkan keimanan. Oleh yang demikian, Pahrol terus mengingatkan bahawa bersangka baik dan ingatlah kepada Allah SWT kerana kaedah itu akan menjamin kebaikan hidup. Hal ini dapat kita lihat menerusi firman Allah di dalam hadis qudsi di mana sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku (Allah) adalah seperti sangkaan hamba-Ku terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku”.

Bersangka baik

Untuk mendapat kebaikan dari sesuatu ujian mesti bermula dengan bersangka baik kepada Allah SWT. Apabila bersangka baik kepada Allah SWT, maka hati menjadi tenang dan fikiran menjadi lapang. Segala emosi dan pengurusan diri akan menjadi tenteram. Namun begitu, sifat diri manusia yang lemah tidak terkecuali untuk terlanjur bersangka buruk kepada Allah SWT.

Ujian adalah didikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang maha pencipta.
Ujian adalah didikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang maha pencipta.
Bukalah mata hati untuk melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat supaya kita selalu dapat dihubungkan dengan Allah SWT untuk ditambahkan keimanan.
Bukalah mata hati untuk melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat supaya kita selalu dapat dihubungkan dengan Allah SWT untuk ditambahkan keimanan.

Sekiranya berlaku sedemikian, maka bertaubatlah dengan sebenar-benarnya dan mulakanlah bersangka baik. Allah SWT bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim juga sifat-sifat baik daripada-Nya.

Yakinlah bahawa Allah SWT memberi ujian sepadan dan setimpal dengan kemampuan kita untuk menghadapinya. Sebagai contoh, apabila kita ingin menempah baju dengan seorang tukang jahit berpengalaman dan cekap untuk mengukur dan menjahit, beliau akan menyiapkan baju sesuai mengikut saiz tepat berdasarkan bentuk badan kita.

Ujian yang datang itu sesuai dengan kemampuan seseorang manusia untuk menerima dan menempuhi segala-galanya kerana Allah SWT Maha Adil dan Dia tidak pernah sesekali bersifat keterlaluan dalam menguji seseorang hambanya. Perkara ini dapat kita lihat menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 286, yang bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”.

Ketika diri diuji, Allah SWT mahu kita menggunakan sepenuh kekuatan yang ada dalam diri di samping melaksanakan kaedah yang terbaik dengan memantapkan ibadah solat dan berdoa.
Ketika diri diuji, Allah SWT mahu kita menggunakan sepenuh kekuatan yang ada dalam diri di samping melaksanakan kaedah yang terbaik dengan memantapkan ibadah solat dan berdoa.

Saat dan ketika apabila Allah SWT memberikan ujian, Dia meminta kita mengeluarkan seluruh potensi diri yang tidak disangka dan dijangka oleh diri. Sebagai contoh, sekiranya kita dikejar oleh anjing maka kita akan berlari sekuatnya sehingga tidak terjangka kita mampu melangkah seluasnya melintasi lopak air dan parit untuk menyelamatkan diri.

Walau ujian sakit yang diberikan menyebabkan kita menderita sakit, Allah SWT mengetahui kita berupaya menyelesaikan ujian tersebut dengan cara yang paling terbaik.
Ujian adalah didikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang maha pencipta. Sekiranya kita sentiasa rasa selamat dan selesa dengan tahap iman yang sedia ada, sedangkan diri kita belum berada di tempat yang betul di sisi Allah SWT, maka sebab itulah Allah SWT menurunkan ujian untuk memperbetulkan keadaan diri kita.

Hal ini termasuklah ketika diri diuji, Allah SWT mahu kita menggunakan sepenuh kekuatan yang ada dalam diri disamping melaksanakan kaedah yang terbaik dengan memantapkan ibadah solat dan berdoa. Oleh itu, setiap ujian juga membawa pengajaran supaya menjadi lebih soleh serta dapat meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT. Ambillah manfaat ujian yang diberikan oleh Allah SWT itu dengan bersangka baik kepada-Nya dan pelajarilah hikmah daripada ujian tersebut supaya kita dapat menjadi sebaik-baik hamba.