Bukan baik lawan jahat

Bukan baik lawan jahat

LAS VEGAS, 30 April – Floyd Mayweather semalam menegaskan bahawa pertarungan blockbuster menentang Manny Pacquiao adalah mengenai tinju dan perniagaan, bukan mengenai dewa dan syaitan, ketika pesaing itu bertemu pada sidang akhbar sebelum pertarungan.

Pacquiao melangkah ke dalam pertarungan yang akan diadakan pada Sabtu ini dengan meletakkan dunia tinju meliputi perbuatan kemanusiaan.

Ahli kongres dua penggal itu digambarkan sebagai presiden Filipina masa depan yang meninggalkan sifatnya yang berminat terhadap wanita dan perjudian, dan ketika berdiri untuk menghasilkan $100 juta pada Sabtu ini, penganut Kristian itu berkata dia berharap fokus dalam pertarungan itu akan meletakkan kejayaan Tuhan. “Saya mahu memberikan inspirasi,” kata Pacquiao.

Tetapi Mayweather tidak akan memainkan peranan syaitan, biarpun sejarah dua bulan dalam penjara pada 2012 kerana menyerang bekas teman wanitanya di depan dua orang anak mereka.

“Saya seorang realis,” kata Mayweather, 38, yang mencatatkan rekod 47-0 ke dalam penguasaan sebagai ahli sukan yang menerima bayaran tertinggi. Pertarungan itu bukanlah menentang kejahatan. Ia adalah satu pertarungan yang berada pada kedudukan teratas.”

Sepanduk promosi pertarungan mega Pacquiao dan Mayweather di MGM Grand Hotel & Casino di Las Vegas, Nevada. - AFP
Sepanduk promosi pertarungan mega Pacquiao dan Mayweather di MGM Grand Hotel & Casino di Las Vegas, Nevada. – AFP

Pelatih Pacquiao, Freddie Roach adalah orang pertama yang menyatakan pertarungan itu sebagai baik menentang jahat, ketika memetik rekod keganasan Mayweather.

“Buat kali pertama sepanjang hidup saya bersama Manny Pacquiao, ini adalah pertarungan pertama yang tidak disukainya. Saya boleh memberitahunya,” kata Roach awal bulan ini.

Mayweather, seorang yang suka bercakap sia-sia ketika zaman mudanya, kerap memberikan kontroversi – membandingkan dirinya dengan Muhammad Ali dan menunjuk-nunjuk kemewahan yang dibelinya: rumah, kereta dan juga sebuah pesawat.

Tetapi Mayweather, yang berkata minggu ini dia menjangkakan bayaran $200 juta bagi pertarungan itu sahaja, berkata tidak ada yang lebih penting apabila dia melangkah masuk ke dalam gelanggang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA