Bukan dari China

Bukan dari China

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Pasar Raya Giant (Brunei) telah mengesahkan bahawa dakwaan kononnya ada biskut raya dari China yang diragui kehalalannya dijual di pasar raya berkenaan, adalah tidak benar.

Menurut mereka, kesemua kuih raya yang dijual adalah daripada perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan bukan didatangkan dari China.

Kenyataan ini dibuat berikutan dakwaan-dakwaan yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook dan WhatsApp.

Pengurus Besar Giant Rimba, Dayang Nur Fatimah binti Abdullah menjelaskan kepada media, bahawa biskut raya yang dijual di negara ini dijamin halal dan hanya menjual kuih buatan tempatan.

Jika masih ragu akan status kehalalannya atau mengenai produk lainnya, orang ramai boleh membuat pertanyaan atau aduan dengan menghubungi hotline Giant (Brunei) di talian 7127404.

Wakil dari Giant (Brunei), Dayang Nur Fatimah (kiri) dan Dayang Yusnani (kanan) memegang biskut raya yang dijual di Giant Rimba.
Wakil dari Giant (Brunei), Dayang Nur Fatimah (kiri) dan Dayang Yusnani (kanan) memegang biskut raya yang dijual di Giant Rimba.
Biskut raya yang dijual di negara ini dijamin halal.
Biskut raya yang dijual di negara ini dijamin halal.

 

ARTIKEL YANG SAMA