Bukan dari MH370

Bukan dari MH370

SYDNEY, 22 Jun (AFP) – Sekeping serpihan yang hanyut di perairan pulau terpencil di pantai selatan Australia hari ini tidak diterima sebagai datangnya dari pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Serpihan itu ditemui awal bulan ini di antara rumpai laut dan kayu hanyut dan menyerupai bahagian pesawat udara itu, dengan perkataan jelas pada serpihan itu ‘Caution No Step’, menurut tayangan rakaman di Channel Seven, Australia.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia(ATSB) yang menyelaraskan pencarian itu, telah memeriksa serpihan itu dan mengetepikannya sebagai sebahagian dari pesawat udara itu yang hilang pada 14 Mac bersama 239 orang di dalamnya.

“Maklumat yang diterima daripada pengeluar menunjukkan serpihan itu tidak konsisten dengan spesifikasi pembuat pesawat udara komersial, Boeing,” menurut biro itu dalam satu kenyataan.

Dua keping lagi serpihan ditemui sekitar waktu sama di Nosy Boraha, Pulau Madagascan, dan telah diserahkan kepada ATSB masih sedang diteliti.

Nasib pesawat udara itu, yang diandaikan terhempas di laut ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing, masih misteri.

Lima serpihan dipercayai datangnya dari pesawat udara itu sejauh ini telah ditemui ribuan kilometer jauhnya dari zon pencarian pada masa ini jauh di pantai barat Australia, dianggap telah dihanyutkan ke sana.

Cuaca buruk terus menjejaskan kemajuan operasi mencari, dengan salah sebuah dari tiga buah kapal yang terlibat mengalami kerosakan pada kabel tunda.

Setakat ini usaha mencari di 105,000 kilometer persegi dari zon pencarian 120,000 lantai laut yang ditandakan telah tidak berjaya.

Australia, Malaysia, dan China, negara-negara yang kebanyakan warganegaranya adalah penumpang pesawat itu bersama-sama mengatakan bahawa jika tidak ada yang diperolehi sebaik keseluruhan kawasan itu dicari, yang dijangkakan Ogos, pencarian akan dihentikan.

ARTIKEL YANG SAMA