Bukan dia dat...

Bukan dia datang ke?

PUAN Munyra ialah seorang guru yang prihatin dan bertanggungjawab.Sekolah ini agak lama telah dibuka.Sekolah ini ditubuhkan pada 1948. Suatu hari beliau datang ke sekolah lebih awal dari biasa kerana ada tugas penting yang hendak dilakukan. Dia datang ke sekolah sekitar 6:30 pagi.

Puan Munyra harus mengambil beberapa dokumen penting yang berada di dalam makmal sains. Ketika dia melalui blok tingkatan 2, Puan Munyra bertembung dengan Puan Aliya. Puan Aliya sudah mengajar di sekolah itu selama 3 tahun manakal Puan Munyra baru sahaja 1 tahun.

“Ehh, awalnya datang hari ni!” tutur Puan Aliya terkejut kerana Puan Munyra datang awal pada hari itu. “Ya , hehehe. Ada kerja sikit nak buat,” balas Puan Munyra sambil tersenyum. “Ouh ya, aku ada bawa lipstikMatte Kylie. Kau suka kan? Jom tengok, saya ada letak dalam makmal,” kata Puan Aliya sambil menarik lengan Puan Munyra.

Puan Munyra memang obses dengan lipstik. Apatah lagi jenis matte. Puan Aliya memetik suis lampu. Lampu berkelip-kelip. “Hurmm. Susah lah nak tengok betul-betul warna lipstik ni,” ujar Puan Munyra sambil membelek-belek lipstik yang baru sahaja keluar dari kotak itu.

“Oklah kalau macam tu, kau bawa balik dulu lipstik tu. Kalau nak beli, bila-bila bayar ya,” tutur Puan Aliya sambil berjalan keluar dari makmal sains, sejurus dengan itu, lampu yang berkelip menjadi seperti sediakala.

Tanpa melengahkan masa, Puan Munyra mengambil beberapa fail dokumen penting dan menutup suis lampu dan kipas. Dia berjalan menuju ke keretanya. Pintu dibuka, dia masuk ke dalam perut keretanya. Dia pergi ke Jabatan Pelajaran. Selesai tugasnya, dia kembali ke sekolah. Dia berjalan masuk ke dalam bilik guru dan berbual-bual dengan guru-guru yang lain.

“We, best gila. Aliya dah bawa lipstik matte! Aku ada ambil satu nak try,” kata Puan Munyra sambil cuba mencari kotak kecil yang berisi lipstik itu di dalam tasnya. “Aliya? Bukan dia ambil cuti sakit ke? Tak silap dia balik Sarawak sebab mak dia sakit,” ujar Puan Laila.

Puan Munyra terkedu. “Eh… Tadi dia ada lah. Kitaorang siap sembang-sembang lagi. Bukan tu je, dia ada bagi aku lipstik suruh try guna,” balas Puan Munyra yang sedang keliru. “Kau jangan tak tahu. Benda macam ni pun selalu terjadi dekat pelajar-pelajar kita.‘Benda’ tu selalunya akan ganti tempat orang yang tidak ada ataupun tidak hadir pada hari tu,” ujar Puan Laila sambil memaikai cermin mata. Puan Munyra tersentak. Sepatutnya dia berhati-hati kerana sekolah itu memang agak ‘keras’.