Bukan sekadar teknologi

Bukan sekadar teknologi

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Transformasi perpustakaan tidak hanya mengenai teknologi, tetapi mengenai penglibatan, iaitu penglibatan dengan pengguna, masyarakat dan stakeholder.

Perpustakaan dan pustakawan perlu mendefinisikan semula koleksi dengan memikirkan masyarakat, menjadikannya berorientasikan perkhidmatan, mereka bentuk semula ruang-ruang dan mewujudkan rakan-rakan komuniti dan menyediakan pembelajaran yang lancar.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman berkata, sebagai pustakawan, terdapat pelbagai kemahiran yang mereka perlu cekap, salah satunya adalah kecekapan peribadi, yang mana keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan pelbagai jenis pelanggan adalah penting.

“Selain itu, berpengetahuan dan diperlukan merupakan dua faktor lain yang sangat penting kepada pustakawan.

“Menjadi proaktif dan menunjukkan inisiatif, bekerjasama baik dengan yang lain, bertanggungjawab dan komitmen lebih tinggi adalah faktor-faktor lain yang akan meningkatkan standard prestasi perpustakaan secara keseluruhannya,” katanya semasa berucap melancarkan Persidangan Transformasi Perpustakaan: Menonjolkan Potensi Anda sebagai Pustakawan, di Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini. Oleh itu, tambah beliau, tidak diragukan lagi bahawa aset paling penting dan berharga kepada perpustakaan adalah orang-orangnya.

Yang Berhormat Pehin menyaksikan pameran selepas merasmikan Persidangan Transformasi Perpustakaan bersempena Ulang Tahun ke-30 Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam (BLA) di UTB, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin menyaksikan pameran selepas merasmikan Persidangan Transformasi Perpustakaan bersempena Ulang Tahun ke-30 Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam (BLA) di UTB, kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan satu lagi kecekapan yang diperlukan pustakawan iaitu kecekapan profesional yang antara lain termasuk mempunyai pengetahuan pakar dan berpengetahuan mengenai sumber-sumber maklumat.

“Kepakaran pentadbiran untuk menghasilkan dan menguruskan perkhidmatan maklumat yang sesuai, boleh diakses dan berkesan kos, adalah selaras dengan hala tuju strategik organisasi tersebut,” ujarnya.

Dengan demikian, tekan Yang Berhormat Pehin lagi, meningkatkan kecekapan pustakawan adalah penting dan di sinilah Persatuan Pustakawan Brunei (BLA) boleh memberi sokongan dengan melaksanakan latihan-latihan sesuai untuk memperbaiki kemahiran tenaga kerja perpustakaan.

Bagi Kementerian Pendidikan, beliau berkata mereka perlu menyedari bahawa perpustakaan adalah penting dan patut menjadi pusat pembelajaran dan pengetahuan di sekolah-sekolah, kolej dan universiti.

Oleh itu, standard dan garis panduan perpustakaan patut disediakan untuk membantu para pustakawan membuat penyelarasan dan penstrukturan yang sesuai dengan membangunkan, mengekalkan dan mematuhi standard tertinggi yang menyokong amalan-amalan perpustakaan berkualiti tinggi.Bukan setakat itu, tambah beliau, kementerian juga perlu melihat dalam memberikan sokongan kepada program dan aktiviti BLA serta perpustakaan-perpustakaan di bawah Kementerian Pendidikan ke arah pembangunan perkhidmatan berkualiti termasuk latihan pustakawan yang berpatutan dalam mencapai pendidikan cemerlang bagi menyokong Wawasan Brunei 2035.

Beliau juga percaya, BLA dapat menyediakan sokongan untuk perpustakaan dan pustakawan di negara ini dalam membantu menonjolkan potensi sebenar pustakawan di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA