Bukan soal duit – Hamilton

Bukan soal duit – Hamilton

MONACO, 21 Mei – Lewis Hamilton berkata dia sentiasa mahu kekal bersama Mercedes dan menafikan wang menyukarkan perbincangan panjang sehingga kontraknya tiga tahun bersama Mercedes berjaya ditandatangani.

Juara dunia dua kali itu berkata perbincangan hanya bermula Februari tahun ini, tetapi tidak berhasrat menyertai pasukan lain. Sejak itu, dia memenangi tiga daripada lima perlumbaan musim pembukaan untuk mencatatkan pendahuluan 20 mata dalam gelaran perlumbaan di depan rakan sepasukannya Nico Rosberg.

“Kami memulakan perbincangan pada Februari dan memerlukan masa. Sebahagian minggu saya memikirkannya, sebahagian minggu pula tidak. Saya tidak pernah merasa perlu tergesa-gesa,” kata Hamilton, yang persetujuannya dilaporkan bernilai AS$120 juta.

“Saya masih ada tahun ini apabila masih dalam kontrak, jadi ia bukanlah kes di mana saya mengkajinya setiap hari. Saya mahu pergi jauh daripadanya, kembali lagi, pergi jauh, kembali dan memerlukan masa. Adalah menarik…saya mendapatkan 10 peratus yang saya rasakan hebat.”

Gurauan Hamilton mungkin tidak menghiburkan ramai pemandu lain atau ejen mereka di Monaco ketika dia menggambarkan kehidupannya tanpa perwakilan atau pengurus.

Lewis Hamilton (kiri) berkongsi saat gembira bersama Jenson Button semasa sidang media di Monte Carlo semalam. – AFP
Lewis Hamilton (kiri) berkongsi saat gembira bersama Jenson Button semasa sidang media di Monte Carlo semalam. – AFP

Dia menambah: “Saya tiba di sini hanya melakukan satu lagi perlumbaan. Saya fokus kepada kawasan di mana saya perlu memperbaikinya, jadi ia adalah satu peluang.

“Saya hanya menang di sini sekali pada 2008 dan ia bukanlah hujung minggu yang sempurna, jadi saya masih bergelut untuk hujung minggu yang sempurna.”

Hamilton, yang menikmati beberapa gurauan peribadi bersama bekas rakan sepasukan McLaren Jenson Button dari Britain ketika sidang akhbar pra perlumbaan berkata, dia berazam untuk terus berlumba untuk kontrak seterusnya. – AFP