Bukit Golan kekal dibawah Israel – Netanyahu

Bukit Golan kekal dibawah Israel – Netanyahu

BAITULMAQDIS, 17 April (AFP) – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersumpah wilayah Bukit Golan yang diduduki Zionis akan kekal selama-lamanya bawah kawalan negara itu, semalam selepas mengadakan mesyuarat Kabinet kali pertama di wilayah itu.

“Bukit Golan akan kekal di bawah kawalan Israel selama-lamanya,” kata Netanyahu pada permulaan mesyuarat kabinet itu dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung menerusi radio. “Israel tidak akan beredar dari Bukit Golan” tambahnya.

Media Israel melaporkan bahawa Netanyahu merancang mesyuarat kabinet di Bukit Golan sebagai satu pengisytiharan ketika Israel kian bimbang terpaksa memulangkan kembali wilayah itu yang ditawan daripada Syria pada 1967.