Bukit teraja berjaya ‘ditawan’

Bukit teraja berjaya ‘ditawan’

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, pagi tadi, telah menyaksikan serangan akhir bagi Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 yang berlangsung di Bukit Teraja.

Mengikut senario eksesais itu, berikutan dengan pengesahan kedudukan pertahanan musuh melalui gerakan-gerakan dan maklumat perisikan, ABDB telah melaksanakan serangan ke atas kubu pertahanan musuh dan akhirnya berjaya menumpaskan kumpulan tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, serangan di Bukit Teraja ini menandakan berakhirnya Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 dan Majlis Doa Kesyukuran bagi berakhirnya eksesais ini akan diadakan esok pagi.

Taklimat oleh CO 3Bn kepada BAF Comd.
Taklimat oleh CO 3Bn kepada BAF Comd.
Taklimat sebelum melakukan serangan terakhir.
Taklimat sebelum melakukan serangan terakhir.
Aksi anggota keselamatan ketika menangkap penjenayah.
Aksi anggota keselamatan ketika menangkap penjenayah.

Eksesais Hikmat Bersatu pada tahun ini merupakan kali kelima ia diadakan sejak mula dilaksanakan pada tahun 2003.

Senario Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 adalah kesinambungan daripada Eksesais Perisai Kebangsaan 4/2015 (EPK 4/2015) dan tertumpu kepada ancaman bukan tradisional.

ARTIKEL YANG SAMA