Bukti galaksi jalani metamorfosis

Bukti galaksi jalani metamorfosis

PARIS, 28 Ogos – Dari cakera bulat hinggalah gugusan bujur: kebanyakan galaksi di alam semesta telah menjalani metamorfosis atau transformasi dramatik dalam tempoh lapan bilion tahun atau lebih, lapor para penyelidik semalam.

Sebuah pasukan antarabangsa melihat data pada kira-kira 10,000 bilion galaksi di alam semesta yang dapat dilihat dan kemudian menggunakan teleskop Hubble dan Herschel untuk melihat dengan teliti semula tepat pada waktunya.

Mereka mendapati bahawa 83 peratus bintang terbentuk sejak “Big Bang” kira-kira 13.7 bilion tahun lalu, pada awalnya berkumpul dalam galaksi berbentuk cakera yang rata dan berpusing, menurut kenyataan dari Sekolah Fizik dan Astronomi Universiti Cardiff, yang mana ahli astronomi mereka mengetuai kajian itu.

“Bagaimanapun hanya 49 peratus bintang yang wujud di alam semesta hari ini berada di galaksi berbentuk cakera ini, yang lain terletak di galaksi berbentuk bujur,” menurutnya lagi.

“Hasil itu menunjukkan transformasi besar-besaran yang mana galaksi berbentuk cakera menjadi galaksi berbentuk bujur.” Banyak bintang di alam semesta dikatakan terbentuk antara 12 bilion hingga lapan bilion tahun lalu.

Pasukan itu menawarkan dua hipotesis galaksi bujur mungkin terbentuk apabila dua gugusan berbentuk cakera berpindah terlalu dekat dengan yang lain dan bergabung dengan graviti menjadi kelompok tidak teratur atau bintang-bintang dalam galaksi rata dan bulat perlahan-lahan berpindah ke arah tengah untuk menghasilkan timbunan berbentuk bujur dan tidak teratur.

Perlahan bentuk galaksi seumpama itu telah dibuat teori tentangnya sebelum ini, menurut ketua pengarang Steve Eales.

“Tetapi dengan menggabungkan Herschel dan Hubble,buat pertama kali dapat mengukur dengan tepat takatnya.

“Galaksi adalah blok-blok pembinaan asas alam semesta, maka metamorfosis ini benar-benar merupakan salah satu perubahan paling ketara dalam penampilannya dan sifat dalam lapan bilion tahun lalu,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA