Bukti Keakraban Hubungan

Bukti Keakraban Hubungan

Oleh Sim Y. H. & Imelda Groves

Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Tentera British mempunyai hubungan persahabatan dan kerjasama erat serta terus diperkukuhkan yang mana keakraban hubungan kedua angkatan tentera itu jelas terbukti dengan satu perbarisan gabungan penuh bermakna melibatkan seramai 820 pegawai dan anggota tentera dari Briged Gurkha dan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dalam upacara perbarisan yang gilang-gemilang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB, hari ini, berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Memperingati Perkhidmatan Tentera Gurkha ke-200 yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Upacara itu bukan sahaja merupakan perbarisan yang amat penting bagi memperingati jasa perkhidmatan dan ketaatan, tentera Gurkha berkhidmat dalam tentera British tetapi ia juga satu penghormatan bagi semua anggota yang terlibat dalam perbarisan itu. Hadir selaku wakil Queen Elizabeth II pada upacara penuh bermakna itu ialah Komandan Kolonel Briged Gurkha, Jeneral Sir Peter Wall.

Sejurus keberangkatan tiba, Baginda berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan kemudian dijunjung untuk memeriksa perbarisan dengan diiringi oleh Jeneral Sir Peter Wall dan Pemerintah ABDB, Yang dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Baginda Sultan berkenan berangkat ke upacara perbarisan tersebut.
Baginda Sultan berkenan berangkat ke upacara perbarisan tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung memeriksa perbarisan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung memeriksa perbarisan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama orang ramai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama orang ramai.
Para pegawai dan anggota tentera menyertai Upacara Perbarisan Memperingati Khidmat Tentera Gurkha ke-200 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Para pegawai dan anggota tentera menyertai Upacara Perbarisan Memperingati Khidmat Tentera Gurkha ke-200 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

pg04_151013_c

Anggota tentera yang turut serta dalam perbarisan lintas hormat di acara tersebut.
Anggota tentera yang turut serta dalam perbarisan lintas hormat di acara tersebut.

pg04_151013_e

Antara yang hadir bagi menyaksikan acara itu.
Antara yang hadir bagi menyaksikan acara itu.

Perbarisan berkenaan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Angkatan Tentera British di Negara Brunei Darussalam, 1st Batallion Royal Gurkha Rifles, Leftenan Kolonel Jodi Davies.

Sebelum berangkat meninggalkan upacara, Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada ahli keluarga pegawai dan anggota Tentera Gurkha yang menghadiri upacara perbarisan berkenaan.

Perbarisan itu memberikan peluang untuk meraikan hubungan unik yang wujud di antara anggota tentera Gurkha dengan para pegawai British dan Gurkha serta juga dengan Negara Brunei Darussalam.

Jeneral Sir Peter Wall ketika mengulas mengenai upacara perbarisan itu, menjunjung kasih kehadapan majlis Baginda Sultan atas penyertaan pegawai dan anggota dari Batalion ke-3 TDDB dan Briged Tentera Gurkha yang berpangkalan di Brunei untuk sama-sama menyertai perbarisan berkenaan.

“Hubungan yang unik dan akrab di antara Brunei dan United Kingdom yang berasaskan kepercayaan bersama, saling hormat-menghormati serta kerjasama yang erat dalam bidang pendidikan dan pertahanan terus diperkukuhkan.”

Beliau berkata lagi, upacara perbarisan hari ini, melambangkan hubungan istimewa di antara ABDB dan Tentera British yang mana sudah 17 tahun berlalu sejak upacara perbarisan serupa diadakan pada 1998 di mana Baginda Sultan dan Queen Elizabeth II berkenan memeriksa perbarisan ABDB dan Briged Tentera Gurkha.

Jeneral Sir Peter Wall juga menyatakan perasaan kagumnya bahawa juga terdapat beberapa orang anggota yang mengambil bahagian dalam perbarisan pada 1998 itu, turut menyertai upacara perbarisan pada hari ini.

Menurut kenyataan daripada Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam, tentera Gurkha telah ditempatkan di Brunei sejak 1962, dan ia sentiasa merangkumi sebuah batalion infantri The Royal Gurkha Rifles yang disokong oleh anggota dari The Queen’s Gurkha Engineers, The Queen’s Gurkha Signals, The Queen’s Own Gurkha Logistic Regiment dan The Gurkha Staff and Personnel Support Company yang berpangkalan di Tuker Lines, Seria.

Pada masa ini, menurut kenyataan itu lagi, peranan utama Briged Gurkha di Brunei adalah untuk mengadakan latihan dalam persekitaran tropika yang mana hutan tropika menyediakan pelbagai peluang latihan yang menarik dengan adanya pelbagai jenis flora dan fauna yang unik.

Salah satu komponen penting dalam misi latihan yang dijalankan adalah untuk memastikan kawasan latihan terus dipelihara bagi generasi akan datang dan oleh itu, standard pemuliharaan yang tinggi dikuatkuasakan.

Pada masa yang sama, anggota tentera Gurkha juga berpeluang untuk kerap mengadakan latihan bersama anggota TDDB yang mana melalui setiap latihan ketenteraan dan acara sukan yang diadakan, ia memberikan peluang kepada para pegawai dan anggota tentera untuk belajar di antara satu sama yang lain, berkongsi pengalaman serta untuk menjalinkan hubungan persahabatan yang lebih erat.

ARTIKEL YANG SAMA